KOTA KINABALU, SABAH – Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal relevan seiring teknologi penyiaran yang berkembang pesat.
Ini dikata oleh seorang bekas penyampai radio RTM sendiri juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada sempena pelancaran sambutan ulang tahun ke-75 RTM siang tadi.
Beliau berkata stesen atau mana-mana badan penyiaran perlu beradaptasi kepada perubahan dalam industri agar sentiasa relevan.
“Saya juga berasa gembira mengetahui ketika sedang negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, RTM antara media utama yang menjadi rujukan rakyat untuk mendapat perkembangan rasmi dan terkini…
“Dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, kerajaan memperkenalkan pelbagai rancangan dan iniatif khusus untuk pembangunan.
“Koridor Pembangunan Sabah, Belanjawan Negeri dan yang terkini, Halatuju Sabah Maju Jaya juga dimaklumkan dengan melalui medium RTM,” beliau berkata dalam ucapannya.

Hajiji berkata ini penting bagi memastikan mesej itu sampai kepada sasaran pihak berkepentingan (stakeholder).
“Inilah pentingnya peranan media terutama RTM dalam menyampaikan agenda pembangunan kerajaan ke seluruh pelusuk negeri ini agar rakyat tahu apa kerajaan sedang laksanakan,” tambah beliau.