COVID-19: SABAH PENYUMBANG UTAMA KES TINGGI HARI INI, 646 DARIPADA 1,032 KES...

COVID-19: SABAH PENYUMBANG UTAMA KES TINGGI HARI INI, 646 DARIPADA 1,032 KES HARIAN

0
SHARE
Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (4 November 2020) sebanyak 646 KES daripada keseluruhan 1,032 KES harian hari ini...(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

KUALA LUMPUR – SABAH terus mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas menyumbang angka tertinggi 646 KES daripada 1,032 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 35,425 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,339 kes.

DARIPADA 1,032 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat tiga (3) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 1,029 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 4 November 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

Walau bagaimanapun, KKM melaporkan angka kes sembuh juga tinggi direkodkan hari ini sebanyak 820 KES yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 24,815 kes (70.1%).

Menurut laporan itu juga, berlaku sedikit pengurangan sebanyak 82 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 27 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat lapan (8) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana 7 kes dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu, Tuaran, Tawau & Sandakan) dan 1 daripada Perak, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 271 kes (0.89%).