KOTA KINABALU, SABAH – Sebagai menebus dosa Datuk Seri Shafie Apdal kepada rakyat Sabah, kerusi Parlimen Batu Sapi sepatutnya diserahkan semula kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) atau Perikatan Nasional (PN).
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), umum mengetahui gelombang ketiga COVID-19 kembali mengganas di seluruh Malaysia selepas Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) kali ke-16 diadakan di Sabah.
“Kalau bukan kerana kedegilan Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah, sudah tentu masalah besar Covid-19 ketika ini akan mampu dielakkan…
“Shafie dan TYT Sabah sepatutnya bermuhasabah diri, amaran berulang kali telah diberikan tetapi mereka tetap degil, malahan Shafie sanggup mati daripada membatalkan pilihan raya di Sabah.”
“Masalah utama ketika ini adalah ramai rakyat Sabah yang telah terkorban akibat tindakan Shafie dan persoalannya adakah beliau telah berpuas hati akibat kenyataannya sanggup melihat kematian daripada membatalkan pilihan raya negeri Sabah?”
VIDEO Shafie Apdal sanggup melihat kematian akibat COVID-19 daripada membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah…
VIDEO Pemimpin Warisan, Mohammadin Ketapi yakin COVID-19 di Sabah hanya PENIPUAN dan yakin bahawa selepas PRN Sabah selesai, kes COVID-19 akan berada pada 0 Peratus (0%). Malangnya, sehingga kini puluhan rakyat Sabah telah terkorban dan ribuan pula telah dijangkiti dengan Virus COVID-19 ini…
VIDEO Shafie yang ditularkan oleh netizen di mana beliau mengarahkah SPR untuk menyediakan ruang mengundi pada PRN Sabah bagi pesakit COVID-19, kenyataan Shafie ini telah dikecam dengan teruk oleh seluruh rakyat Sabah…
“Justeru, kami berharap agar Shafie Apdal termasuk Parti Warisan menarik diri dari bertanding di Batu Sapi dan memberikan kemenangan PERCUMA kepada PBS atau Perikatan Nasional (PN) sebagai tanda menebus dosa kepada seluruh rakyat Sabah.”
Parti-parti lain di Sabah termasuk calon Bebas juga sepatutnya mengelakkan daripada meletakkan calon bagi mengelakkan pilihan raya diadakan kerana kes COVID-19 yang semakin meningkat di Sabah.
“Rakyat Sabah khususnya di Batu Sapi juga selayaknya diberikan wakil rakyat yang mewakili kerajaan pemerintah agar pembangunan secara terus dapat disalurkan kepada rakyat di kawasan tersebut,” BEBAS berkata lagi dalam satu kenyataan akhbar.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Kong dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada 2 Oktober lalu.
Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap WARISAN memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu Datin Linda Tsen (BN).
Kerusi Parlimen Batu Sapi sebelum ini adalah kerusi tradisi Parti Bersatu Sabah (PBS).
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen, Batu Sapi, Sabah.