Dakwaan Kerajaan GRS Goyah Hanyalah ‘Propaganda’ Pihak Tertentu – Hajiji

Dakwaan Kerajaan GRS Goyah Hanyalah ‘Propaganda’ Pihak Tertentu – Hajiji

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini dalam posisi goyah dan bakal diganti dengan kemunculan semula Parti Warisan hanyalah ‘propaganda’ pihak tertentu.

Pihak tersebut juga berniat mengelirukan rakyat Sabah dan sengaja mengancam perpaduan yang sedang dinikmati.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata integriti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk pertalian semua parti komponen kekal dalam keadaan stabil.

“Kita telah diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu dan fokus kita adalah untuk membangunkan negeri Sabah…

“Saya tidak menumpu perhatian kepada isu seperti ini kerana tumpuan diberi kepada pembangunan rakyat. Kita bagi usaha kerja sepertimana rakyat memberi (mandat) kepada kita,” katanya sewaktu melawat mangsa kebakaran Kampung Meruntum di Dewan Sri Serigai, Putatan hari ini.

Hajiji sewaktu melawat mangsa kebakaran Kampung Meruntum di Dewan Sri Serigai, Putatan hari ini…

Hal itu terbit apabila tular dakwaan majoriti mudah dicapai pihak pembangkang yang kononnya mampu menjatuhkan kerajaan GRS dengan kerjasama PBS (Parti Bersatu Sabah).

Setiausaha Agung PBS, Datuk Joniston Bangkuai, apabila dihubungi media untuk pengesahan berkata:

Datuk Joniston Bangkuai…

“Tiada apa-apa yang perlu dinafikan, sebab ia tidak betul. Ini mungkin kerja orang-orang yang berniat jahat…

“Tidak ada Maximus kata mahu tubuh kerajaan dengan Warisan. Dia kata, kita kerja, terus sokong Perikatan Nasional (PN), kita sokong Muhyiddin (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin).”

Joniston juga menolak sebarang spekulasi kerjasama antara Warisan.

Dalam pada itu Hajiji berharap tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu publisiti sedemikian.