PRN17 Sabah: Tarikh mengundi 29 Nov 2025, penamaan calon 15 Nov 2025

PRN17 Sabah: Tarikh mengundi 29 Nov 2025, penamaan calon 15 Nov 2025

0
SHARE

KOTA KINABALU, 16 Oktober – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November 2025 sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 15 November manakala pengundian awal ditetapkan pada 25 November 2025.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN17 Sabah.

“Tempoh berkempen 14 hari bermula pengisytiharan calon yang bertanding pada 15 November 2025 (Sabtu) sehingga jam 11.59 malam, 28 November 2025 (Jumaat).” Katanya.

Untuk rekod, setakat Ogos 2025 jumlah pengundi bagi negeri Sabah direkodkan dan dikemaskini pada 5 Oktober 2025 oleh SPR, iaitu seramai 1,784, 843 orang pemilih.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lepas bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.