Datu Jamigul Terima Anugerah Khas Kepimpinan HEM

Datu Jamigul Terima Anugerah Khas Kepimpinan HEM

0
SHARE
Arifin
Wanihim (kiri) semasa menerima Anugerah Khas Bakti HEM daripada Arifin (kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Mantan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datu Jamigul Datu Salin dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Kepimpinan Hal Ehwal Murid (HEM).

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Arif yang juga Exco Pendidikan diiringi Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPNS, Abidin Marjan sempena Majlis Apresiasi HEM Peringkat JPNS 2022/2023, pada Khamis.

Datu Jamigul yang menjawat jawatan akhir sebagai Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNS mula berkhidmat sebagai guru terlatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad Kota Belud pada 1 Ogos 1986.

Dalam majlis berkenaan, turut disampaikan Anugerah Khas Bakti HEM yang diberikan kepada Mantan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Wanihim Othman dan Mantan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Darmansah Asakil.

Sementara itu, Arifin berharap penghargaan dan pengiktirafan tersebut dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga pendidikan untuk membudayakan kecemerlangan yang berterusan.

“Budaya pencapaian cemerlang ini perlu terus diterapkan dalam minda, jiwa dan sanubari setiap warga pendidikan yang kemudiannya diterjemahkan pula kepada tindakan.

“Dalam mencapai hasrat ini, seluruh warga pendidikan perlu berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengurusan HEM,” ujarnya.

Beliau turut menyeru seluruh warga pendidikan untuk menghayati setiap arahan, tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah. — JABATAN PENERANGAN SABAHÂ