DATUK BANDAR BAHARU TERIMA SURAT PELANTIKAN DARIPADA KM HAJIJI

DATUK BANDAR BAHARU TERIMA SURAT PELANTIKAN DARIPADA KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan surat pelantikan kepada Datuk Seri Dr Sabin Samitah ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan surat pelantikan kepada Datuk Seri Dr Sabin Samitah sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu hari ini.

Berasal dari Ranau, Dr Sabin, 63, menggantikan Datuk Noorliza Awang Alip sebagai Datuk Bandar ketujuh sejak Kota Kinabalu dinaikkan taraf sebagai bandar raya 23 tahun lalu.

Jawatan terakhir Dr Sabin adalah sebagai Ketua Pengarah Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum itu beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hadir pada majlis ringkas itu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong.