DBKK Hentikan Amalan Diskaun Kompaun

DBKK Hentikan Amalan Diskaun Kompaun

0
SHARE
Dr Sabin Samitah...

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menghentikan amalan diskaun kompaun disebabkan sikap sambil lewa segelintir masyarakat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata demikian dalam melihat ramai yang masih gagal menjelaskan tunggakan bayaran walaupun dengan pelaksanaan kempen-kempen pengampunan yang lalu.

“DBKK menggesa kepada orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan menyelesaikan sebarang tunggakan bayaran dalam kadar segera, ini termasuklah bayaran bagi cukai kadaran atau kompaun.

“Usaha bagi mengenal pasti individu dan syarikat yang masih mempunyai tunggakan cukai dan kompaun akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Pihak DBKK tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu dan syarikat yang ingkar atau gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran mereka,” tegasnnya melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk menyelesaikan tunggakan bayaran cukai atau kompaun mereka dalam masa terdekat selain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Semakan tunggakan dan pembayaran boleh dilakukan menerusi pautan eservices.dbkk.sabah.gov.my.