DIPLOMAT KE SIE2023 BERTEMU KM HAJIJI

DIPLOMAT KE SIE2023 BERTEMU KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Duta Zimbabwe, Constance Chemwayi bertemu dengan Hajiji di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM )

KOTA KINABALU, SABAH – Duta negara peserta ke Sabah International Ekspo 2023 (SIE2023) dan Ceramah Makan Tengah Hari Perniagaan Antarabangsa Sabah 2023 (SIBLT2023) bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu hari ini.

Mereka terdiri daripada Duta Thailand, Lada Phumas, Duta Qatar, Salah Mohammed
Al-Sorour dan Duta Zimbabwe, Constance Chemwayi.

Thailand, Qatar dan Zimbabwe adalah antara 21 negara yang menyertai SIE2023 dan SIBLT2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula 21 sehingga 24 September.

Acara dwitahunan itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri, The Federation of Sabah
Industries (FSI) dan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Cawangan Sabah.

Objektif utama SIE adalah untuk menyediakan platform untuk pempamer tempatan dan antarabangsa untuk bertemu, menjalin hubungan perniagaan dan mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini daripada BIMP-EAGA khususnya dan ASEAN amnya.