Disangka Patung Rupanya Mayat Wanita

Disangka Patung Rupanya Mayat Wanita

0
SHARE
Polis
Anggota polis mengangkut mayat mangsa ( Sumber Foto: Ihsan IPD Kota Kinabalu )

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang wanita berusia 61 tahun ditemui terdampai di tepi pantai Teluk Likas pada petang Rabu.

Penemuan kira-kira jam 3.32 petang itu dibuat seorang kanak-kanak yang menyangka mayat tersebut sebuah patung.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Hajah Kalsom Idris berkata mangsa dipercayai berkaitan kes orang hilang bersabit repot Luyang.

“Mangsa dilaporkan hilang oleh anak mangsa sejak 1.30 tengah hari Rabu.

“Anak mangsa telah menjumpai kereta milik mangsa (Toyota Rush) serta tuala yang dikenalpasti milik mangsa berada di atas batu di tepi pantai di bahu Tanjung Lipat,” kata Kalsom dalam kenyataan.

Beliau berkata anak mangsa telah membuat laporan polis untuk mengesan ibunya sehinggalah penemuan mayat mangsa.

“Siasatan ditempat kejadian tidak menunjukkan berlakunya sebarang unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian si mati,” sambil menambah kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut.