Universiti Thammasat Luluskan Cuti Haid Khusus Buat Pelajar

Universiti Thammasat Luluskan Cuti Haid Khusus Buat Pelajar

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BANGKOK, THAILAND – Sebuah universiti terkemuka di Thailand menjadi institusi pengajian tinggi yang pertama meluluskan, cuti haid khusus kepada pelajar yang mengalami masalah kitaran berkenaan.

Universiti Thammasat di Pathum Thani, utara Bangkok, membenarkan pelajar yang mengalami sakit ketika haid, sakit kepala serta keletihan untuk mengambil cuti ketika belajar, tanpa menjejaskan gred mereka.

Memetik laporan AFP, keputusan itu diluluskan oleh jawatankuasa akademik minggu lalu dan menjadikan Thammasat sebagai institusi pendidikan pertama di Thailand yang membenarkan hak bercuti dalam tempoh haid.

“Jabatan Akademik ingin meminta kerjasama daripada fakulti, institusi dan kolej untuk membenarkan pelajar tidak hadir kerana haid,” katanya dalam satu kenyataan daripada akaun rasmi kesatuan pelajarnya.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan berapa lama tempoh pelajar boleh mengambil cuti.

Universiti Thammasat yang kedua tertua di negara itu dan dianggap sebagai institusi yang paling progresif dan terkenal di negara ini kerana menawarkan kursus dalam bidang politik dan undang-undang.

Sebilangan kecil negara di seluruh dunia sudah menerima pakai undang-undang membenarkan cuti haid termasuk Jepun, Indonesia dan Sepanyol.

Di beberapa negara lain, perkara yang sama turut diperluas untuk pekerja.