Dr. Adham Baba Dilantik Ahli Pengarah Lembaga Eksekutif WHO

Dr. Adham Baba Dilantik Ahli Pengarah Lembaga Eksekutif WHO

0
SHARE

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam satu kenyataan malam tadi mengumumkan pelantikan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Adham Baba sebagai Ahli Pengarah Lembaga Eksekutif (EB) pertubuhan itu untuk tempoh TIGA (3) tahun bermula tahun ini (2021) sehingga 2024.

Pelantikan Adham itu bagi mewakili Malaysia untuk Negara Anggota Rantau Pasifik Barat bagi tempoh itu yang mana negara pernah berada dalam EB sebanyak tiga kali sebelum ini.

Menurut WHO dalam pengumuman menerusi portal pertubuhan antarabangsa itu, seramai 34 ahli mewakili EB dipilih dalam kalangan mereka yang berkepakaran dalam bidang kesihatan.

Selain Malaysia, turut dilantik dalam kalangan Negara Anggota Rantau Pasifik Barat ialah Jepun, Singapura dan Korea Selatan.