Dr Latif Tampil Memohon Maaf Susulan Ucapan “UMNO Sabah Sudah Tidak Laku”

Dr Latif Tampil Memohon Maaf Susulan Ucapan “UMNO Sabah Sudah Tidak Laku”

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Dr. Haji Abdul Latiff Ahmad hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan “UMNO dah tak laku di Sabah”.

Dr Latif yang juga Ahli Parlimen Mersing membuat kenyataan tersebut di dalam satu majlis bersama rakyat di Kota Kinabalu pada beberapa hari yang lalu.

 

 

 

Dr Latif berkata “baru-baru ini telah tular di media sosial tentang keratan kenyataan video saya yang mungkin mengecilkan hati sesetengah pihak, justeru ingin saya tegaskan kenyataan berikut telah disalah tafsir.”

“Kenyataan Itu adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili Parti (BERSATU).”

Dr Latif berkata lagi “saya dengan rendah diri ingin memohon maaf sekiranya kenyataan saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak.”

“Saya selaku ahli parti BERSATU mendukung penuh hasrat Perikatan Nasional (PN). Musuh sebenar kita adalah pihak lawan, Jangan biarkan kita bercakaran.”

“Saya sekali lagi memohon Maaf atas kekhilafan saya,” Dr Latif berkata lagi.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin UMNO yang enggan namanya disiarkan berharap agar pemimpin-pemimpin BERSATU dapat menjaga hubungan baik sesama Parti di dalam Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan Dr Latif tersebut jelas amat mengejutkan dan telah mengguris perasaan ahli-ahli UMNO khususnya di Sabah.

“Harapan kami agar permohonan maaf secara terbuka oleh Dr Latif ini dapat dijadikan contoh agar pemimpin-pemimpin lainnya tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama seumpama ini.

“Kita juga berharap agar ahli-ahli UMNO kekal betenang dan fokus membantu rakyat dan terus memperkasakan UMNO.”