Mariah Dilantik Presiden Wanita Pertama SJA

Mariah Dilantik Presiden Wanita Pertama SJA

0
SHARE

KOTA KINABALU: Mariah Airiens Doksil dilantik sebagai Presiden wanita pertama Persatuan Wartawan Sabah (SJA) selepas mesyuarat agung dwitahunan pada Ahad.

Wartawan The Borneo Post itu berazam meneruskan legasi Datuk Muguntan Vanar sambil membawa visi baharu.

Ianya termasuk menarik penulis muda, memperkasa latihan, serta memperkukuh hubungan dengan pihak berkuasa bagi memudahkan akses maklumat.

Mariah juga mahu SJA menjadi platform selamat untuk wartawan menyuarakan isu, khususnya berkaitan hak asasi, dan menggalakkan penulisan berkualiti.

Sebagai ibu tiga anak, beliau ingin membuktikan wanita mampu seimbangkan kerjaya dan keluarga, serta berharap lebih ramai wanita sertai SJA.

Barisan baharu turut menyaksikan pelantikan Ricardo Unto sebagai Naib Presiden dan Siti Aisyah Narudin sebagai Setiausaha.