KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima 1,000 borang permohonan menjadi ahli BERSATU daripada Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu Malaysia (PKBM), Encik Adzmi KK Juatan.

Penerimaan borang itu diterima Hajiji di bilik mesyuarat Pejabat BERSATU Sabah di Alamesra, Kota Kinabalu, semalam.

Borang itu terdiri daripada para pemohon daripada bahagian Keningau, Pensiangan dan Tenom yang telah dikumpul oleh PKBM.
Terdahulu, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa jentera pilihan raya bersama parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) di negeri ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.