TAMBUNAN, SABAH – Dua termasuk seorang pembonceng remaja cedera parah bertembung sebuah lori 8 tan berhadapan Kelab Golf Tambunan di Jalan Tambunan – Keningau sini awal pagi tadi.
Bomba hanya dapat mengenal pasti identiti mangsa perempuan melibatkan motosikal jenis Honda EX5 iaitu Mary Grace Tolintino, berusia 14 tahun.
“Panggilan kecemasan diterima talian balai pada jam 1.23 pagi…

“Mangsa terlibat diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Katanya mereka berdua seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan Ambulan dan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Operasi tamat pada jam 2.30,” katanya sambil menambah pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.





