Dua Lelaki Cedera Bergaduh Guna Parang Ditahan Polis di Tawau 

Dua Lelaki Cedera Bergaduh Guna Parang Ditahan Polis di Tawau 

0
SHARE

TAWAU: Dua lelaki mengalami kecederaan akibat bergaduh menggunakan parang dalam satu kejadian di kampung Blok 31 baru-baru ini.

Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua suspek yang berusia di antara 40 dan 49 tahun didapati bergaduh sambil mengeluarkan kata-kata kesat di sebuah ladang sawit di kampung tersebut.

“Akibat pergaduhan itu, mereka telah mengalami kecederaan di bahagian badan.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau telah melancarkan operasi dan membuat dua serbuan bagi mengesan dan menahan suspek terlibat.

“Kedua-dua suspek berusia berjaya ditahan dan turut dirampas dua bilah parang disyaki digunakan semasa pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 160 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Motif pergaduhan masih dalam siasatan.