Dua Lelaki Ditahan, Jual Mercun Tanpa Lesen di Tawau

Dua Lelaki Ditahan, Jual Mercun Tanpa Lesen di Tawau

0
SHARE
TAWAU: Dua lelaki ditahan polis kerana didapati terlibat dalam kes jualan mercun tanpa lesen di daerah ini, semalam.

Polis Tawau dalam kenyataan berkata, pasukannya turut merampas empat kotak mercun di kawasan jalan kaki lima, pusat komersial Bazhong Tawau. 

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau telah menahan dua orang lelaki untuk tujuan pemeriksaan.

“Kedua-dua lelaki tersebut adalah peniaga mercun dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran untuk menjual bahan letupan tersebut.

“Kedua-dua suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kes akan disiasat dibawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.