Dua Maut Fortuner Jatuh Gaung

Dua Maut Fortuner Jatuh Gaung

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Pemandu dan penumpang hadapan sebuah Toyota Fortuner maut selepas kenderaan terbabit terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 48 meter di Jalan Silam sini.

Kedua-dua mangsa kejadian 6.20 petang tadi itu difahamkan lelaki berusia kalangan 30an.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan terdapat empat lagi mangsa terlibat termasuk tiga orang perempuan.

“Seorang mangsa lelaki berusia 18 tahun cedera ringan di bahagian kaki. Tiga orang mangsa perempuan telah dibawa ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kematian dua mangsa lelaki di lokasi.

“Pasukan Bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera seterusnya mangsa dihantar ke Hospital oleh Ambulan KKM,” katanya.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya manakala operasi ditamatkan pada jam 7.18 malam.