Dua Wanita Mangsa Kemalangan Berbeza, Seorang Meninggal Dunia

Dua Wanita Mangsa Kemalangan Berbeza, Seorang Meninggal Dunia

0
SHARE
Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta Perodua Kenari. - Foto Ihsan Bomba...

KINBATANGAN, SABAH – Dua wanita, termasuk seorang warga emas, tersepit pada kenderaan yang dipandu mereka dalam dua kemalangan jalan raya berbeza hari ini manakala seorang lagi maut.

Kes pertama melibatkan sebuah kenderaan Perodua Kenari yang bertembung dengan kenderaan Toyota Fortuner milik Kementerian Kesihatan di Jalan Labuk, sini.

Kedua-dua kenderaan terbabit terbabas pada bahu jalan behamprian Kg. Perpaduan dalam insiden 3 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan mangsa maut, Nurul Izzah Fatinah Ismail, 31, tersepit dalam Kenari manakala pemandu kereta kerajaan, Abdul Ruslan Abdullah, 53, hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi dan diserahkan kepada pihak Polis…

“Pemandu kenderaan Fortuner telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 5 petang.

Di Jalan Kg. Takuli, Beaufort, seorang warga emas cedera parah apabila Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah Toyota Yaris.

PGO mengenal pasti mangsa sebagai Buntar @ Masdah Binti Mohammad, 72 dalam insiden 12 tengah hari itu.

Pemandu Toyota Yaris pula, Mohd Amirul Faezani Ramani, 27, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan sejam selepas itu.