Dua Wanita Penagih Syabu Ditahan di Tawau

Dua Wanita Penagih Syabu Ditahan di Tawau

0
SHARE

TAWAU: Polis menahan dua wanita tempatan dalam dua serbuan berasingan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, serbuan pertama dijalankan di kawasan Lorong Bunga Raya dan berjaya menahan seorang wanita berusia lingkungan 39 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.07 gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, dalam serbuan kedua di kawasan Kampung ‘Icebox’, polis menahan seorang lagi wanita tempatan berusia sekitar 34 tahun dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.12 gram,” katanya.

ACP Jasmin berkata, kedua-dua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah.