Duda Ditangkap Bersama 10 Kilogram Syabu

Duda Ditangkap Bersama 10 Kilogram Syabu

0
SHARE
Jauteh menunjukkan rampsan dadah syabu yang ditemui dalam kenderaan suspek...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki yang berstatus duda ditangkap bersama 10.4 kilogram dadah dipercayai jenis syabu di kawasan perumahan Kampung Rugading, Tuaran, Ahad lalu.

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah menyerbu kenderaan Toyota Prado yang dipandu suspek lelaki tempatan berumur 40 tahun itu kira-kira pada pukul 10 malam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, dadah yang ditemui pada ruangan belakang kenderaan terbabit dianggarkan bernilai RM 360,000.

“Kuantiti dadah tersebut boleh menampung sejumlah 50,000 penagih dalam satu masa

“Hasil risikan, suspek baru sahaja mengambil bungkusan dadah yang diterbangkan dari Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan kurier.

“Dadah berkenaan dipercayai untuk pengedaran ke pasaran gelap seluruh Sabah,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Menurut beliau, dua lagi rakan sejenayah yang merupakan seorang lelaki dan perempuan juga berumur 40an sedang giat dikesan.

Syabu itu, yang disembunyikan dalam bungkusan teh bukan sesuatu yang asing bagi pihak JSJN.

Jauteh berkata terdapat kemungkinan dalang disebalik sindiket adalah kumpulan yang sama. Tambahnya, suspek turut didapati positif dadah jenis syabu.

“Suspek direman seminggu bermula Isnin dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika sabit kesalahan akan membawa kepada hukuman mati mandatori,” kata Jauteh.