Durian Dilelong Murah Kerana Tidak Masak

Durian Dilelong Murah Kerana Tidak Masak

0
SHARE

SHAH ALAM – Penganjur program ‘Kendurian Makan Sampai Pengsan’ mengambil keputusan untuk melelong kira-kira 15 tan buah durian selepas terpaksa menangguhkan program tersebut ekoran buah tidak masak.

Memetik laporan akhbar Kosmo, dipetik sebagai berkata penganjur program itu, Farid Hilmi, 26, bahawa keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kerugian yang teruk selain mendapat permintaan daripada pelanggan yang mahu buah itu dilelong.

“Kita telah beberapa kali cuba memeram buah ini, namun ia tidak masak sepenuhnya. Oleh sebab itu setelah berbincang dengan semua petugas kami membuat keputusan untuk melelong buah durian ini dengan harga RM12 sekilogram bagi menampung kos keseluruhan kira-kira RM200,000.

“Sebelum melelong, kami telah memberi penerangan kepada pelanggan bahawa durian ini tidak masak sepenuhnya. Kita tidak mahu timbul isu menjual durian tidak elok kepada pelanggan,“ katanya.

Lelongan itu bermula pada jam 7 petang tadi sehingga buah itu habis atau sehingga 12 tengah malam sebelum program itu berakhir.