Enggan Dengar Nasihat, Adik Tembak Mati Abang

Enggan Dengar Nasihat, Adik Tembak Mati Abang

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

SIBU, SARAWAK – Seorang lelaki yang enggan mendengar nasihat dan selalu bertengkar dengan isteri menyebabkan seorang lelaki maut di hujung senapang patah milik adiknya sendiri, di sebuah rumah panjang di Sibintek, Skim B, Batu 24, Jalan Oya dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Entili Ampas, 45 tahun, yang ditembak mati oleh adiknya, yang berusia 39 tahun, menggunakan senapang patah buatan sendiri.

Kata Saiful, “polis terus bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat laporan dan berjaya memberkas suspek untuk membantu siasatan lanjut.

 “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala senjata iaitu senapang patah yang dipercayai digunakan oleh suspek berjaya ditemui di kawasan semak berhampiran lokasi,” tambah katanya.