Ewon Terima Kunjungan Puspanita Penampang

Ewon Terima Kunjungan Puspanita Penampang

0
SHARE
Ewon
Ewon menerima cenderahati daripada Francis ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

PUTRAJAYA, SELANGOR – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita (Puspanita) Penampang, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Rombongan itu diketuai oleh Pengerusinya, Immelda Immit dan disertai 20 ahli persatuan.

Dalam kunjungan itu, Ewon memberikan taklimat ringkas mengenai kementeriannya dan agensi-agensi di bawah kementerian itu.

“Saya akan terus memberi sokongan kepada Puspanita Penampang dan KUSKOP dari segi pelaksanaan program-progam persatuan untuk manfaat semua ahli dan rakyat terutama berkaitan kebajikan dan pendidikan. Saya juga ingin melihat lebih ramai ahli Puspanita terlibat dalam gerakan keusahawanan,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Penaung Puspanita KUSKOP, Datin Connie Parantis dan Penasihat Puspanita Penampang, Francis Chong yang juga Pegawai Daerah Penampang.

Puspanita Penampang mengadakan lawatan sambil belajar di beberapa premis usahawan berjaya yang mendapat pembiayaan agensi-agensi di bawah KUSKOP iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Kelmarin, rombongan itu turut menghadiri majlis perasmian Pusat Pelancongan Eko Jerawok di Kampung Sungai Jerawok dan sambutan Hari Orang Asal di Kampung Orang Asli, Rasau, Perak yang dirasmikan oleh Menteri KUSKOP