Fenomena Lekukan Tropika Dikesan

Fenomena Lekukan Tropika Dikesan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Fenomena Lekukan Tropika telah dikesan pada Latitud 17.4 Utara dan Longitud 98.0 Timur, kira-kira 474 kilometer (km) dari barat laut Bangkok, Thailand.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan 7km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.

Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 1,243km dari utara Pulau Langkawi, Kedah dan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia.