KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Fredian Gan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Palm Oil Industrial Cluster (POIC Sabah Sdn. Bhd).
Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor bagi menyerahkan watikah pelantikan.
“Saya berharap Fredian akan menerajui syarikat berkenaan dengan lebih mampan dan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Pembangunan Perindustrian,” Joachim berkata.
Sebelum ini Fredian menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri TSKN (Pembangunan).
Turut hadir ialah Pengerusi POIC, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Tseu Kei Yue, dan pegawai kanan POIC.