KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu Covid bagi Negeri Sabah hari ini ialah 427 iaitu penurunan 40 kes berbanding jumlah kelmarin.
Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat enam (6) buah daerah yang mencatatkan kes di atas paras 20 kes iaitu Kota Kinabalu 78 kes, Penampang 58 kes, Tuaran 47 kes, Papar 29 kes, Beaufort 27 kes dan Ranau dengan 22 kes.
“Sebanyak 21 daerah lagi merekodkan kes di bawah paras 20 kes dengan 14 daripadanya hanya merekodkan satu angka dan tidak ada kes baharu di empat (4) daerah,” katanya dalam sebuah rumusan harian.
Hampir 98 peratus (98%) daripada semua kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di pusat kuarantin.
“Sebanyak tiga (3) pesakit dalam Kategori 3, dan masing-masin seorang dalam Kategori 4 dan 5…
“Empat (4) pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” tambah beliau.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 78 (83)
Penampang – 58 (36)
Tuaran – 47 (54)
Papar – 29 (34)
Beaufort – 27 (34)
Ranau – 22 (20)
Kota Belud – 18 (29)
Kuala Penyu – 17 (9)
Keningau – 17 (15)
Putatan – 16 (19)
Kota Marudu – 15 (28)
Kudat – 14 (10)
Tenom – 11 (12)
Tambunan – 9 (6)
Pitas – 9 (6)
Sandakan – 7 (20)
Sipitang – 7 (18)
Tawau – 7 (10)
Lahad Datu – 6 (11)
Beluran – 5 (6)
Kinabatangan – 4 (3)
Semporna – 3 (0)
Telupid – 1 (3)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)





