Harga RON95 Kekal, RON97 dan Diesel Semenanjung Naik Tiga Sen 

Harga RON95 Kekal, RON97 dan Diesel Semenanjung Naik Tiga Sen 

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga RON97 naik tiga sen seliter daripada RM3.18 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Julai ini,

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu.

Memetik Sinar Harian, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia meningkat tiga sen iaitu daripada RM2.88 kepada RM2.91 seliter.

MOF menjelaskan bahawa penetapan harga bahan api tersebut dibuat berdasarkan mekanisme penetapan harga secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan kekal komited untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global dengan terus memberi subsidi yang bersasar,” menurut kenyataan itu.

Harga baharu ini akan berkuat kuasa mulai Khamis, 17 Julai 2025 sehingga Rabu, 23 Julai 2025, dan akan disemak semula berdasarkan tren pasaran minyak mentah dunia.