Hari Kelima Konvoi KMJG Ke Kemabong, Tenom

Hari Kelima Konvoi KMJG Ke Kemabong, Tenom

0
SHARE
Kmjg
Konvoi KMJG Negeri Sabah ketika berada di Kemabong ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

TENOM, SABAH – Siri penjelajahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 pada hari kelima bermula dari Sipitang ke Kemabong sebelum ke Tenom.

Ia melibatkan jarak lebih kurang jarak 113km, menjadikan jumlah jarak direkodkan setakat ini ialah 401km sejak dilancarkan di Kota Kinabalu, pada 1 Ogos lalu.

Konvoi disertai 14 agensi di bawah Kementerian Komunikasi serta rakan strategik Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) seperti Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah, Bernama, Pos Malaysia, TM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan sebagainya.

Dalam pada itu, konvoi terbabit turut mendapat kerjasama erat masing-masing daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai kenderaan pengiring konvoi sepanjang penjelajahan. — JABATAN PENERANGAN SABAH