Polis Penampang Serbu Pusat Judi Bakarat, Poker

Polis Penampang Serbu Pusat Judi Bakarat, Poker

0
SHARE
Ipd
Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Penampang menyerbu pusat judi terbabit ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ini membongkar sindiket judi bakarat dan poker yang beroperasi di sebuah pusat komersial di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata, empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berumur 23 hingga 39 tahun ditahan dalam serbuan jam 8.30 malam itu.

“Pelbagai peralatan perjudian dan wang tunai berjumlah RM12,260 dipercayai hasil perjudian turut dirampas.

“Semua yang ditahan dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Penampang untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan.

Sammy berkata, polis Penampang akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penganjuran aktiviti perjudian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya terus peka serta mendengar telinga polis dalam memastikan keamanan sentiasa terpelihara,” katanya.