Hospital Texas Tempat Paling Seram Di Dunia

Hospital Texas Tempat Paling Seram Di Dunia

0
SHARE

TEXAS, AMERIKA SYARIKAT – Seorang peneroka dunia mistik dari Britain mendakwa hospital tinggal yang terletak di negeri Texas sebagai lokasi paling seram yang pernah wujud di dunia.

Dia membuat dakwaan tersebut setelah berpeluang merakam keadaan di Hospital Memorial Yorktown itu pada bulan lalu, lapor The Sun UK.

Antara perkara benda seram yang kononnya ditemui pengunjung hospital ini adalah sepasang mata merah menyala, bunyi jeritan dan patung bercakap.

“Saya diberi kebenaran untuk meneroka setiap sudut kawasan hospital dengan syarat, pintu utamanya perlu ditutup semula ketika mahu keluar…

“Sudah 16 tahun saya lakukan aktiviti ‘memburu’ benda mistik di Britain tetapi tiada yang memberikan perasaan seram seperti ketika saya berada di dalam hospital ini,” kata peneroka British itu.

Hospital yang dipercayai dibina pada tahun 1950 oleh sebuah pertubuhan katholik dinamakan The Felician Sisters itu bertujuan untuk dijadikan sebagai pusat pemulihan dadah dan alkohol.

Bagaimanapun, pusat rawatan itu hanya sempat berfungsi selama 30 tahun sebelum ditutup dan ditinggalkan terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan.