KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues bagi menyiasat kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina, yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia, selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Menurut kenyataan jabatan itu, prosiding inkues bertujuan menentukan punca dan sebab kematian, termasuk mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah.
“Inkues ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,” jelas kenyataan tersebut.






