PORTAL BORNEO TODAY MEMANG TAHAP SAMPAH DAN KAKI FITNAH, YONG TECK LEE...

PORTAL BORNEO TODAY MEMANG TAHAP SAMPAH DAN KAKI FITNAH, YONG TECK LEE SAHKAN TANAH KAITKAN NAMA MUSA AMAN UNTUK 3 DEWAN PERNIAGAAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mengesahkan artikel yang disiarkan oleh portal online Borneo Today.Net pada 02 Sept yang bertajuk “Tular surat OJ lulus 20,000 ekar untuk Musa di Tongod” berniat JAHAT dan PALSU.

Portal Borneo Today.Net portal SAMPAH dan KAKI FITNAH, mohon pihak Polis,SKMM ambil tindakan, dakwa GBAS…

Yong dalam satu kenyataan akhbar (kelmarin) mengesahkan tanah seluas 20,000 ekar yang ditularkan oleh portal terbabit telah diluluskan oleh Kabinet Sabah pada tahun 1997 dan dimiliki oleh tiga (3) Dewan Perniagaan di Sabah.

Yong berkata “sebenarnya, syarikat Corak Nakhoda Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan Tan Sri Musa Aman dimiliki oleh Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (40%), Dewan Perniagaan Bumiputra Sabah (SBCC) 30%, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) 30%.”

“Permohonan Dewan Perniagaan untuk memohon tanah seluas 20,000 ekar telah diluluskan oleh Kabinet Sabah pada tahun 1997 ketika saya masih lagi menjadi Ketua Menteri Sabah.”

“Bagi 3 nama yang disenaraikan sebagai Pengarah Corak Nakhoda, Allahyarham Mohd Sari Bin Nuar adalah Presiden SUCCC (The Sabah United Chinese Chambers of Commerce), manakala Tan Sri Musa Aman pada tahun 1997 adalah Presiden SBCC (Sabah Bumiputra Chamber of Commerce) dan Datuk Ajit Galun pula adalah Presiden KCCI (KadazanDusun Chamber of Commerce and Industry).”

Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee…

Yong berkata lagi “tidak ada kepentingan peribadi mereka yang terlibat dan tuduhan kepentingan peribadi tersebut jelas MEMFITNAH.”

“Artikel berita PALSU diterbitkan di Borneo Today yang mana diketahui dimiliki dan dikendalikan oleh media yang berkaitan dengan Parti Warisan perlu bertanggungjawab dan menahan diri dari menyiarkan BERITA PALSU dan PEMBOHONGAN secara terang-terangan,” Yong berkata lagi.

Dalam pada itu Gerakan Bangkit Anak Sabah (GBAS) dalam satu kenyataan mengulas kenyataan terbaharu daripada Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee pula berkata portal Borneo Today.Net sebenarnya hanya layak “dibakul sampahkan dan sangat tidak sesuai dibaca oleh seluruh rakyat Sabah”.

“Daripada maklumat yang kami terima, portal Borneo Today.Net sebenarnya adalah PORTAL HARAM yang tidak berdaftar, manakala kesemua pekerjanya dibayar gaji oleh Shafie Apdal dan digunakan pula untuk kepentingan Shafie untuk menabur fitnah.”

“Salah satu kebodohan portal Borneo Today adalah mereka tidak dapat membezakan dan faham di antara surat kelulusan dan surat permohonan.”

Isi kandungan surat yang ditandatangani oleh Datuk Osman Jamal dengan jelas menunjukkan surat tersebut ditujukan kepada Penolong Pemungut Hasil Kinabtangan untuk menyediakan di antaranya dua (2) salinan borang LSF-10011, notis di bawah Seksyen 13 dan laporan dari jabatan-jabatan yang berkenaan bagi membolehkan tindakan seterusnya diambil ke atas permohonan tanah tersebut dan bukannya kelulusan tanah.

Surat ditujukan kepada Penolong Pemungut Hasil Kinabatangan bagi meminta dokumen merujuk kepada para (1, 11.111) tetapi portal Borneo Today MEMFITNAH dan menyiarkan kononnya surat ini adalah kelulusan tanah…

“Kalau terlalu bodoh untuk faham, kami fikir tutup saja portal Borneo Today.Net dan lebih baik kesemua penulis yang dibayar upah oleh Shafie boleh menceburkan diri menjadi ‘Cyber Trooper’ Parti Warisan Sabah.”

“Pihak SKMM, Polis dan SPRM juga diminta menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal ini kerana secara jelas telah melanggar undang-undang dan lari dari etika gagal melaporkan pemberitaan yang tepat.”

“Sumber bayaran gaji kepada penulis sampah BorneoToday.Net juga perlu disiasat adakah Shafie mengarahkan kontraktor untuk membayarnya atau menggunakan wang Shafie sendiri.”

“Kami tahu portal Borneo Today digunakan sebagai alat FITNAH oleh Shafie untuk menutup kelemahannya selepas menghancurkan ekonomi Sabah, tetapi mereka lupa rakyat Sabah bukan bodoh untuk percaya kepada Shafie bagi kali yang kedua,” GBAS berkata lagi dengan nada yang marah.