SHAFIE APDAL BERNIAT JAHAT BERTERUSAN FITNAH MUSA ISU TANAH

SHAFIE APDAL BERNIAT JAHAT BERTERUSAN FITNAH MUSA ISU TANAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan mengaitkan Tan Sri Musa Aman dengan isu tanah oleh Datuk Seri Shafie Apdal dilihat satu lagi cubaan dan tindakan paling terdesak untuk menutup kelemahan Shafie mentadbir Sabah selama 26 bulan.

Surat yang tular di media sosial sejak kelmarin telah ditandatangani oleh Datuk Osman Jamal kepada Syarikat Corak Nakhoda Sdn Bhd yang mengaitkan Tan Sri Musa satu lagi FITNAH yang cukup jijik dan jahat yang mana sengaja dicipta oleh Parti Warisan Sabah.

Surat permohonan tanah yang dikaitkan dengan Musa yang ditularkan oleh pemimpin Parti Warisan Sabah. Surat ini bukan kelulusan sebaliknya jelas menunjukkan beberapa standard prosedur perlu dipatuhi merujuk kepada no (I) (II) (III)…

Selepas Shafie meruntuhkan ekonomi negeri Sabah diparas hampir kosong peratus, tindakan menyerang Musa dilihat satu strategi untuk mengalihkan isu kononnya rakyat Sabah akan lupa kelemahan pentadbiran Shafie.

Ekonomi negeri Sabah hancur semasa dua (2) tahun Shafie mengetuai pentadbiran negeri Sabah. KDNK pada tahun 2017 berada pada 8.2%, selepas Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah, KDNK menurun pada tahun 2018 ke 1.5% dan pada tahun 2019 menurun lagi ke 0.5%. KDNK dan ekonomi Sabah dijangka akan pulih mengambil masa 5 hingga 6 tahun.

Dendam kesumat Shafie terhadap Musa Aman sejak 20 tahun lalu tidak akan pernah berakhir.

“Musa bukannya pemilik tunggal syarikat sebaliknya hanya sebahagian daripada Pengarah kepada syarikat yang didedahkan membuat permohonan tanah tersebut, malahan bukanlah sesuatu yang mengejutkan sebenarnya pada tahun 1990-an lagi Musa telah memiliki sebuah Bank sendiri sebelum menjualnya selepas sahaja dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.”

“Daripada maklumat yang diterima Syarikat tersebut pula mewakili tiga (3) Persatuan di Sabah di mana kesemua Lembaga Pengarah dalam Syarikat tersebut pula adalah Presiden kepada Persatuan besar di Sabah.”

Menurut Baharuddin Yamani seorang aktivis bebas politik berkata, umum mengetahui sejak era Tun Mustapha lagi Musa dikenali ramai sebagai seorang usahawan berjaya yang bergelar jutawan dan mempunyai banyak syarikat sebelum dipujuk oleh Tun untuk mengisi jawatan Bendahari USNO.

“Allahyarham Tun Mustapha adalah individu yang telah berjaya memujuk Musa untuk menceburkan diri dalam bidang politik walaupun pada mulanya Musa enggan kerana ingin memberikan tumpuan kepada empayar perniagaan yang dimilikinya.”

Baharuddin berkata lagi “Yang amat pelik adalah apabila mengetahui Shafie mempunyai aset yang banyak termasuk tuduhan Shafie mempunyai rumah mewah di London, menyimpan wang di akaun adiknya sehingga berjumlah RM50 juta, mempunyai kroni yang memiliki jet peribadi dan bermacam tuduhan yang dilemparkan ke atas Shafie.”

NGO Bebas Suara pula dalam satu kenyataan berkata, sekiranya Musa telah melakukan salah laku dan kesalahan di mana syarikat yang dikaitkan membuat permohonan tanah tersebut, sepatutnya sejak 26 bulan yang lalu semasa Shafie masih lagi menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, perkara ini telah dilaporkan kepada pihak SPRM atau Polis, sebaliknya ini tidak berlaku.

Pendedahan dibuat sebenarnya dengan niat jahat bagi menimbulkan PERSEPSI SALAH kepada rakyat Sabah kepada Musa.

“Rakyat Sabah bukan terlalu bodoh untuk mempercayai fitnah terhadap Musa. Cukuplah kesengsaraan rakyat sepanjang 26 bulan semasa Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah.”

“Rakyat Sabah sebelum ini masih menyimpan dendam yang terbuku di hati apabila telah dibiarkan bersendirian mengharungi tempoh sukar semasa PKP dikuatkuasakan, ramai rakyat Sabah yang mengeluh terputus bekalan makanan tanpa ada apa-apa bantuan oleh Shafie.”

Selepas mendapat kecaman berterusan, Shafie Apdal akhirnya MEMOHON MAAF kepada rakyat Sabah selepas mengakui GAGAL membantu menyalurkan bantuan COVID-19 terus kepada rakyat yang memerlukan bantuan…(Foto ihsan portal media tempatan)

Mengimbau kembali dendam kesumat Shafie terhadap Musa bermula, selepas Musa berjaya menghalang cadangan untuk menjual sebahagian besar tanah Yayasan Sabah kepada syarikat yang dimiliki oleh sahabat baik Shafie yang berasal dari Sarawak bernama Datuk Ambrose Lee kira-kira 20 tahun yang lalu.

Musa dikatakan telah bertungkus-lumus mempertahankan serta tampil membuat laporan Polis untuk menghalang penjualan tanah tersebut daripada berlaku, walaupun Shafie telah berjaya meyakinkan Ketua Menteri dan Jemaah Menteri pada waktu itu.

Kontroversi itu bermula apabila syarikat NBT yang mana pemiliknya Ambrose Lee dikatakan telah cuba untuk mengawal Sabah Softwoods Sdn Bhd (SSSB) dan Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBSB) membabitkan penjualan 60 peratus (60%) ekuiti ICSB, sebuah anak syarikat Yayasan Sabah. (Umum mengetahui Ambrose Lee adalah sahabat baik kepada Shafie Apdal sehingga kini).

Sebelum ini dilaporkan North Borneo Timbers Bhd (NBT), sebuah syarikat tersenarai yang mana Datuk Seri Shafie Apdal merupakan pengerusinya, mendapat urus janji konsesi balak bernilai RM350 juta dari Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), sebuah syarikat pelaburan di bawah Yayasan Sabah.

Shafie Apdal adalah Pengerusi NBT, syarikat yang didakwa menawarkan pembelian tanah Yayasan Sabah pada tahun 1996 tetapi telah dihalang oleh Musa…

Cadangan kawalan ke atas SSSB dan RBSB itu bermakna melepaskan 150,000 ekar tanah berharga milik Yayasan Sabah kepada individu-individu tertentu, sementara pengambil-alihan RBSB bermakna akan menyerahkan 247,000 ekar konsesi balaknya kepada firma tersenarai awam itu.

Difahamkan dengan hanya RM150 juta, Syarikat NBT akan diberikan Konsesi Balak oleh ICSB selama 100 tahun bagi Tanah Hutan Simpanan seluas seratus ribu (100,000) hektar untuk tujuan Pembalakan.

Bekas timbalan pengarah Yayasan Sabah, Tengku Zainal Adlin dan bekas ketua pegawai eksekutif ICSB, Abdul Kadir Damsal juga pernah mengulas isu penjualan ini apabila berkata Musa membantu menyelamatkan negeri itu daripada urus janji yang TIDAK ADIL, yang mana akan menyebabkan Sabah bakal kehilangan rizab hutan.

Bekas timbalan pengarah Yayasan Sabah, Tengku Zainal Adlin berkata Musa membantu menyelamatkan negeri itu daripada urus janji yang tidak bagus, yang mana akan menyebabkan Sabah bakal kehilangan rizab hutan…(Foto ihsan FMT – 7 Mei 2018)

Tengku Datuk Zainal Adlin dan Datuk Hj Abdul Kadir Hj Damsal, berkata Yayasan Sabah pasti tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya untuk membangunkan ekonomi dan kemudahan pendidikan serta berkongsi kekayaan Negeri yang adil di kalangan rakyat Sabah sekiranya Musa tidak tampil membatalkan PERJANJIAN KONTROVERSI antara ICSB dan North Borneo Timbers Bhd (NBT).

Tun Sakaran Dandai bekas Ketua Menteri Sabah, yang juga bapa saudara kepada Shafie, turut memuji tindakan Musa apabila bertindak berani membatalkan penjualan kepentingan Yayasan Sabah tersebut.

Tun Sakaran Dandai memberi penghormatan kepada Tan Sri Musa Aman kerana dengan berani menolak satu cadangan menjual tanah Yayasan Sabah daripada Shafie Apdal… (Foto ihsan FMT, pada 08 Mei 2018)

Tun Sakaran sebelum ini dipetik berkata “Saya teringat Musa menasihatkan saya untuk tidak mempengerusikan mesyuarat itu kerana anak saudara saya, Shafie, terlibat dalam urus janji itu dan oleh itu akan berlaku percanggahan kepentingan,” kata Sakaran.

“Saya difahamkan cadangan itu ditolak Musa kerana ia akan menjejaskan Yayasan Sabah secara keseluruhan.”

Menilai semula pengalaman itu, Sakaran berkata “Musa ‘dengan sendirinya’ melakukan perkara yang berani apabila menolak urus janji itu walaupun ia disokong jemaah menteri”.

Dalam pada itu, Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) berkata pihaknya akan membuat laporan rasmi ke SPRM mengenai keterlibatan Shafie membeli tanah Yayasan Sabah yang mana Shafie adalah pengerusi kepada Syarikat tersebut.

Walaupun kes ini berlaku sekitar tahun 1996, tetapi kami difahamkan jawatan Shafie pada waktu tawaran pemberian tanah Yayasan Sabah tersebut dibuat semasa Shafie menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri pada waktu itu.

Bayangkan apa akan berlaku kepada Yayasan Sabah hari ini sekiranya penjualan tanah tersebut tidak disekat, justeru pihak SPRM sepatutnya membuka kertas siasatan untuk menyiasat Shafie kemungkinan berlakunya salah guna kuasa memandangkan Shafie adalah pengerusi kepada syarikat yang bercadang membeli kepentingan tersebut.

Untuk rekod sebelum ini dua (2) laporan rasmi ke SPRM telah dibuat ke atas Shafie berkaitan kes pemberian projek pembaikan jalan TANPA TENDER yang bernilai 1.5 billion dan Empangan Papar yang bernilai 3 billion.

Senarai kontraktor dipercayai kroni kepada Shafie Apdal dan Peter Anthony yang diberikan projek bernilai ratusan juta ringgit oleh Shafie Apdal tanpa ‘Tender’ menurut sumber yang tular di media sosial Facebook dan sebaran WhatsApp…

Dalam pada itu, reaksi balas oleh Datuk Osman Jamal mantan Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah ketika mengulas isu ini pula berkata penularan surat yang ditandatangani olehnya hanya satu lagi gerakan FITNAH JAHAT.

Osman berkata “Syarikat yang memohon tanah terbabit bukan milik Tan Sri Musa, sebaliknya dimiliki oleh tiga (3) Dewan Perniagaan iaitu Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah yang diwakili oleh Tan Sri Musa sebagai Pengerusi; Dewan Perniagaan KDM yang diwakili oleh Datuk Ajit Galun; dan Dewan Perniagaan Cina Sabah yang diwakili oleh Datuk Mohamad Sari Tan bin Anuar.”

“Oleh itu, tuduhan mendakwa syarikat tersebut milik Tan Sri Musa tidak lebih daripada fitnah semata-mata.”

Osman berkata lagi, “Pengarah Tanah dan Ukur tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan seluas 20,000 ekar tanah. Sebaliknya, kuasa sedemikian adalah hak Kabinet Negeri Sabah.”

“Surat yang saya tandatangani bukan kelulusan tetapi merupakan arahan pentadbiran memproses permohonan tanah yang lazimnya ditujukan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah di daerah yang berkaitan.”