KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini (4 Februari 2021) memaklumkan beberapa perkara penting kepada rakyat khususnya berkaitan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini, antara intipati perkara tersebut ialah;
1. Peningkatan kes mendadak sehingga 5,000 kes sehari satu perkembangan membimbangkan.
2. COVID19: Kaedah terbaik pada masa ini ialah benarkan sektor ekonomi terus beroperasi, pada masa sama aksana SOP ketat.
3. Pasukan Petugas Khas Pemantauan dan Penguatkuasaan PKP dianggotai pelbagai agensi, kementerian ditubuh pantau pematuhan SOP.
4. COVID-19: Data terkini dapati 59% jangkitan berlaku di tempat kerja, 19% di pusat tahanan dan 14% di kediaman.
5. Arahan penutupan serta merta premis perniagaan yang tidak mematuhi SOP antara cadangan pindaan Akta 342.
6. Kerajaan dalam proses pinda akta tangani isu pengurusan tempat tinggal pekerja melalui tindakan penguatkuasaan lebih tegas.
7. Dengan trend kenaikan kes positif pada masa ini, sistem kesihatan negara hampir mencapai breaking point.
8. Hospital swasta akan diletakkan di bawah pengoperasian Hospital Kluster dengan sektor awam di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu.
9. RM27 juta diperuntuk untuk kerjasama dengan 31 hospital swasta untuk penyumberluaran rawatan sebahagian pesakit bukan COVID-19.
10. Kerajaan ambil alih sementara kem PLKN, Wawasan sebagai pusat tahanan, kuarantin dan penjara sementara.
11. Kerajaan akan mulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada akhir Februari.
12. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan: Fasa pertama akan libat 500,000 petugas barisan hadapan.
13. Lebih 600 pusat simpanan yang juga bertindak sebagai pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara.
14. Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
15. PM Muhyiddin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen sebaik penularan COVID-19 reda.