PM Akan Menasihati Agong Untuk Bubarkan Parlimen Selepas COVID-19 Reda

PM Akan Menasihati Agong Untuk Bubarkan Parlimen Selepas COVID-19 Reda

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memaklumkan bahawa beliau akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen selepas penularan wabak COVID-19 dalam negara reda, demikian menurutnya pada Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Beliau turut meminta agar semua pemimpin kerajaan mahupun pembangkang untuk bersama-sama berganding bahu dan menggembleng usaha memerangi wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Kerajaan mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari 2021. Dalam tempoh dua minggu ini, kerajaan akan memantau perkembangan kes-kes harian COVID-19 mengikut sektor dan lokaliti serta menilai semula keberkesanan PKP yang dilaksanakan…

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berucap dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini (4 Februari 2021)…

“Apapun tindakan atau langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan pastinya berasaskan kepada matlamat untuk mengimbangi keperluan menjamin kelangsungan hidup rakyat dan melindungi nyawa anda semua,” katanya lagi.

Dalam ucapan beliau pada perutusan itu, Muhyiddin memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga matlamat untuk menang dalam perang melawan COVID-19 akan dimakbulkan dan semua rakyat sentiasa berada dalam limpahan rahmat kasih sayang dan perlindungan.