KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu Korea, Vin tampil dengan single baharu bertajuk ‘Nail’ yang telah diterbitkan dalam pelbagai platform muzik atas talian pada 17 Februari lepas.
Single dibawah terbitan hakcipta muzik Luncai Emas yang juga ditadbir oleh Koong World untuk territori Korea Selatan itu mengisahkan perasaan seorang wanita yang biasa menggigit kuku sambil mengenangkan kekasih yang telah berpisah.
Vin menyatakan rasa gembira selepas single terbabit diterbitkan selepas menjalani latihan menyanyi dalam tempoh yang lama.
“Saya gembira akhirnya dapat mengeluarkan album di bawah nama saya selepas latihan yang lama. Selain itu, saya juga ingin berjumpa dengan peminat saya melalui pelbagai aktiviti,” katanya.
Selain itu, pelbagai acara akan diadakan di laman web rasmi (https://koong.world) bermula dari bulan Mac ini.