ISTERI KETUA MENTERI DIPERKENALKAN KEPADA WAJA

ISTERI KETUA MENTERI DIPERKENALKAN KEPADA WAJA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) di kediaman rasmi Ketua Menteri di Rumah Yayasan Sabah, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat itu yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Persekutuan, Dr Zurina Abdul Hamid bersama Penolong Pengarah Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah Bahagian Operasi, Nabila Ismail.

Antara tujuan kunjungan hormat itu ialah untuk memperkenalkan Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) kepada isteri Ketua Menteri dan peranan WAJA.

Dr. Zurina turut memberi taklimat ringkas mengenai program WAJA sepanjang tahun 2022 yang sedang dilaksanakan.