Isteri KM Sampaikan Anugerah Saidatina Khadijah

Isteri KM Sampaikan Anugerah Saidatina Khadijah

0
SHARE
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (dua kanan) beramah mesra dengan penerima Anugerah Saidatina Khadijah kepada Catherine Samuel @ Hajah Jamilah Abdullah pada Program Anjung Mutiara sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Isnin...

KOTA KINABALU, SABAH – Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menyampaikan Anugerah Saidatina Khadijah kepada Catherine Samuel @ Hajah Jamilah Abdullah, pada Program Anjung Mutiara sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022 di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Isnin.

Jamilah, anak kelahiran Papar yang juga ahli perniagaan terkenal di Sabah itu turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM15,000, menerusi anugerah berkenaan.

Antara objektif program ini adalah menjadikannya sebagai wadah untuk membudayakan ilmu pengetahuan dan penyuntik kesedaran serta penghayatan terhadap nilai-nilai keagamaan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.