KOJASA Holdings Rancang Tawar Diskaun Kepada Penjawat Awam

KOJASA Holdings Rancang Tawar Diskaun Kepada Penjawat Awam

0
SHARE
Juhar
Sim menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar (lima dari kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – KOJASA Holdings Berhad merancang untuk menawarkan diskaun istimewa ke atas pembelian barang keperluan asas kepada penjawat awam di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sim Fui berkata rancangan tersebut merupakan inisiatif syarikatnya untuk mengurangkan beban kakitangan awam khususnya golongan B40 dalam aspek kos sara hidup.

“Kita pun akan mengadakan satu program khas benefit untuk kakitangan kerajaan supaya mereka boleh enjoy ini profit untuk b40 group kerana b40 group ini bukan sahaja orang awam tetapi merangkumi kakitangan kerajaan juga.

Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu kumpulan B40 supaya dapat enjoy beberapa diskaun bila membeli di KOJASA Mart melalui aplikasi sebab sekarang ini lebih menuju kepada digital marketing.

“Jadi, inilah kita salah satu inisiatif yang baru kepada KOJASA Holdings Berhad,” katanya.

Menurutnya, syarikat terbabit juga memperkenalkan beberapa barang keperluan asas yang dikeluarkan KOJASA Holdings Berhad yang dijual dengan harga murah seperti air mineral, minyak masak, beras dan sebagainya.

“Ini bertujuan supaya dapat memperkembangkan jenama KOJASA sebab ini merupakan produk kerajaan Sabah.

“Jadi, inilah tujuan kunjungan ini supaya boleh membantu memperluaskan jenama ini kepada rakyat Sabah.

“Jika dibandingkan dengan harga produk swasta, harga produk KOJASA lebih murah. Kita juga akan memperkenalkan (produk) dengan rekaan terbaru kerana kita menuju kepada (kegiatan eksport).

“Jadi, produk ini lebih rapi dan boleh dieksport untuk menaikkan jenama KOJASA,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Sim turut menjelaskan hasrat KOJASA Holding Berhad untuk memperluaskan lagi jenama KOJASA dalam kalangan rakyat Sabah.

Tambahnya, program tersebut dapat membantu golongan berkenaan memperoleh diskaun untuk setiap pembelian barang di KOJASA Mart dengan menerusi aplikasi khusus yang disediakan pihaknya.

KOJASA Holding Berhad ditubuhkan pada tahun 1978 dan merupakan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bernaung di bawah Qhazanah Sabah Berhad. — JABATAN PENERANGAN SABAH