LAHAD DATU, SABAH – Pemandu sebuah lori yang membawa muatan minyak diesel, maut, selepas terbabas di bahu jalan kawasan Ladang Kelapa Sawit Bagahak di sini.
Mangsa, Mohd Said Rusli, 44, tersepit di bahagian pemandu manakala kelindannya, yang hanya dikenali sebagai Rizal, mengalami cedera parah.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata kedua-dua mangsa dikeluarkan orang awam menggunakan jentera jengkaut sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
“Panggilan kecemasan diterima pada jam 11 pagi dari lokasi berjakar kira-kira 41 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu…

“Kelindan terbabit menerima rawatan awal dari anggota penyelamat dan dihantar ke Hospital menggunakan kenderaan orang awam.
“Pemandu lori berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis yang berada di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada mereka untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, pemeriksaan di sekitar lokasi dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain dan operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 12.24 tengah hari.