LHDN Cawangan Sandakan Tutup Hari Isnin, Selasa Untuk Proses Sanitasi Dilakukan

LHDN Cawangan Sandakan Tutup Hari Isnin, Selasa Untuk Proses Sanitasi Dilakukan

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Sandakan, Sabah ditutup hari ini (Isnin) dan esok (Selasa) bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam satu kenyataan semalam berkata sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Bagi sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.