PUTRAJAYA – Harga runcit bagi kesemua produk petrol termasuk diesal kekal sehingga 20 April depan.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan semalam.
MOF berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.81 seliter, manakala petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
“Harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya…
Menurut MOF, pengekalan harga itu dilaksanakan kerajaan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.





