Jabatan Imigresen Ambil Alih 4 Pusat Tahanan Sementara Di Sabah

Jabatan Imigresen Ambil Alih 4 Pusat Tahanan Sementara Di Sabah

0
SHARE

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen ambil alih sepenuhnya empat (4) Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah berkuat kuasa 1 Januari 2021 yang mana sebelum ini di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN), demikian menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Empat PTS itu adalah di Papar, Menggatal, Tawau dan Sandakan.

Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Keempat-empat PTS itu lebih popular dikenali sebagai ‘rumah merah’ yang kini ditadbir MKN, akan diletakkan secara rasmi di bawah Jabatan Imigresen. Oleh itu, apabila Imigresen mengambil alih nanti maka peruntukan kerajaan untuk PTS yang sebelum ini disalurkan kepada MKN akan disalurkan kepada Imigresen.

“Dari segi perjawatan pula, pegawai dan anggota yang terbabit ketika ini akan berada di bawah pentadbiran Jabatan Imigresen dan bukan lagi MKN,” katanyalagi kepada pemberita.