Jalan Ranau – Sandakan Tidak Dapat Dilalui Akibat Tanah Runtuh

Jalan Ranau – Sandakan Tidak Dapat Dilalui Akibat Tanah Runtuh

0
SHARE
Jalan putus
Jalan Ranau ke Sandakan yang tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh ( Sumber Foto: Gambar tular di media sosial )

KOTA KINABALU: Jalan Ranau ke Sandakan tidak dapat dilalui mana-mana jenis kenderaan, pagi ini akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu  kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan tiada jalan alternatif yang boleh dilalui pengguna jalan raya.

Disamping itu, kerja-kerja pembersihan juga  sedang giat dilakukan pada masa ini.

Selain itu, kenyataan tersebut juga memberitahu kejadian itu berlaku di kawasan KM167.9, Hutan Simpan Taviu, Ranau.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat hujan lebat berterusan sepanjang malam tadi.

“Pemeriksaan dan pemasangan ‘Traffic Management Plan’ telah dilakukan di kawasan terlibat. JKR Sabah menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengambil berhati-hati,” jelas dalam kenyataan itu.