Jangan Tunggu Perang Russia Dan Ukraine Memburuk – Amisah

Jangan Tunggu Perang Russia Dan Ukraine Memburuk – Amisah

0
SHARE
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin...

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin menyeru pihak berkaitan agar tidak menunggu peperangan Russia – Ukraine bertambah buruk sebelum mengambil tindakan penyelesaian.

Katanya konflik dan peperangan pasti bakal memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan dan lain-lain keperluan di Malaysia, khususnya jika ada yang berkaitan dengan kedua-dua negara tersebut.

Beliau menyurakan kebimbangan jika industri asas tani negara tidak mampu mengeluarkan bekalan makanan mencukupi disebabkan perang di Ukraine.

“Negara kita didapati turut bergantung terhadap produk atau barangan dikeluarkan negara berkenaan termasuk kesan terhadap industri agromakanan kerana Rusia merupakan pengeluar utama baja dunia, manakala Ukraine pula antara pengeluar bijirin utama dunia.

“Memandangkan perang sudah pun berlaku dan sewajarnya kita sudah mempunyai pelan tindakan pilihan untuk mengatasinya…

“Jangan nanti apabila bidang pertanian kita sudah tenat atau terputus sumber import baru kita terkial-kial mahu melaksanakan tindakan alternatif sedangkan kita ketika itu sudah tenat dan bekalan makanan mula kehabisan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Katanya dalam keadaan sekarang pun bekalan makanan seperti ayam, telur, minyak masak bersubsidi serta sayur-sayuran pun kadangkala kehabisan, “manakan kita mampu berdepan dengan krisis bekalan makanan lagi selepas ini”.

“Tambahan pula kita telah berdepan dengan pelbagai ujian daripada wabak COVID-19 yang masih membelenggu negara diikuti dengan banjir besar di beberapa negeri yang menjejaskan sektor pertanian sehingga sektor berkenaan kerugian beratus juta ringgit,” tambahnya.