Jangkitan Baharu COVID-19 Sabah Melepasi Paras 100 Kes

Jangkitan Baharu COVID-19 Sabah Melepasi Paras 100 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu melepasi paras 100 dengan 115 kes baharu, pertambahan 16 kes berbanding semalam (Khamis).

Terdapat trend pertambahan jangkitan baharu di beberapa daerah termasuk daerah yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan sebelumnya.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Daerah Putatan yang tidak merekodkan sebarang jangkitan kelmarin mencatat 12 kes baharu hari ini.

Begitu juga di Tenom, Tambunan, Tawau, Kota Marudu dan Lahad Datu yang terkeluar daripada kumpulan ‘bebas jangkitan’ walaupun dengan jumlah kes baharu yang marginal.

“Tuaran dengan hanya satu (1) kes kelmarin mencatatkan lapan (8) kes baharu hari ini…

“Beaufort juga naik (enam) 6 kes daripada dua (2) kes sebelumnya kepada lapan (8) kes.

“Kota Kinabalu dengan 41 kes baharu turun 11 kes berbanding jumlah kelmarin, dan Penampang juga mencatat angka jangkitan baharu yang lebih rendah dengan 12 kes (-7),” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berkata terdapat 12 daerah mencatatkan sekurang-kurangnya satu jangkitan baharu dan ini mengurangkan jumlah daerah yang bebas jangkitan daripada 15 daerah kelmarin kepada 12 daerah sahaja hari ini.

Dalam pada itu, terdapat satu (1) kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 41 (52)
Penampang 12 (19)
Putatan 12 (0)
Beaufort 8 (2)
Sandakan 8 (12)
Tuaran 8 (1)
Papar 7 (6)
Keningau 4 (1)
Sipitang 4 (1)
Tenom 4 (0)
Tambunan 2 (0)
Tawau 2 (0)
Beluran 1 (1)
Kota Marudu 1 (0)
Lahad Datu 1 (0)
Kalabakan 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kuala Penyu 0 (2)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)