JANGKITAN COVID-19 SEMAKIN MENINGKAT DI SABAH, RAKYAT SALAHKAN SHAFIE APDAL DAN AKAN...

JANGKITAN COVID-19 SEMAKIN MENINGKAT DI SABAH, RAKYAT SALAHKAN SHAFIE APDAL DAN AKAN SAMAN TUNTUT KERUGIAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kalau Datuk Seri Shafie Apdal dapat mencontohi Negeri Melaka, Kedah, Johor dan Perak, rakyat negeri Sabah sudah tentu tidak akan berhadapan dengan kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat seperti hari ini.

Amaran telah diberikan berulang kali, malahan 33 ADUN sanggup memfailkan SAMAN ke atas TYT dan Shafie Apdal di Mahkamah meminta agar pembubaran DUN Sabah dapat ditangguhkan kerana bimbang akan penularan wabak COVID-19.

Tan Sri Musa Aman melalui Peguamnya telah memfailkan SAMAN menghalang PRN untuk menyelamatkan rakyat Negeri Sabah daripada COVID-19…(Sumber foto dipetik daripada portal berita MG)

Malangnya Shafie Apdal termasuk TYT negeri Sabah tetap berkeras sehingga mewakilkan Peguam Negeri Sabah melawan kes ini yang mana akhirnya Mahkamah Tinggi termasuk Rayuan tetap membenarkan pembubaran DUN diteruskan.

Menurut NGO Gerakan Pembela Rakyat Sabah (PEMBELA) mengambil contoh negeri Melaka, Kedah, Johor dan Perak wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) juga telah bertindak meninggalkan parti mereka, tetapi mantan Ketua Menteri dan Menteri Besar di sana tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana mereka berjiwa besar mahu menyelamatkan nyawa rakyat di sana.

“Shafie Apdal sebenarnya secara moralnya telah kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila 13 wakil rakyat Parti Warisan, termasuk PKR dan DAP telah hilang keyakinan terhadap Shafie, perkara yang sama juga sebenarnya pernah berlaku pada tahun 2018 apabila Tan Sri Musa telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah dan 6 wakil rakyat BN telah keluar Parti selepas dipujuk oleh Shafie.”

“Kenapa Tan Sri Musa tidak bubar DUN pada waktu itu, bukankah permainan ‘LOMPAT PARTI’ ini telah dimulakan oleh Shafie sendiri?.”

“Malangnya ini tidak berlaku di Sabah, pembubaran DUN tetap dibuat walaupun AMARAN telah diberikan kesan pilihan raya ini akan menyebabkan jangkitan COVID-19 bertambah buruk di Sabah.”

Dalam pada itu, PEMBELA turut memberi pujian kepada TYT Melaka termasuk DYMM Sultan Johor, Kedah dan Perak kerana mereka telah membuat keputusan sangat bijak untuk menukar kerajaan dengan lancar tanpa melalui proses pilihan raya.

Keempat-empat negeri telah bertukar tangan tanpa melalui pilihan raya, sebaliknya ini tidak berlaku di Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal jelas telah merisikokan seluruh nyawa rakyat Sabah sehingga ada nyawa yang telah terkorban akibat wabak COVID-19 ini.

Kenyataan Shafie Apdal mendesak SPR menyediakan pusat pembuangan undi bagi pesakit positif COVID-19, bagi yang berada di dalam ICU dengan bantuan alat pernafasan sudah tentu akan merisikokan nyawa pesakit…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)

Tambah PEMBELA berkata, “apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPBD) dikuatkuasakan, berapa ramai peniaga yang mengalami kerugian ini termasuk peniaga ‘online’ kerana khidmat penghantaran barang turut terhenti.

“Mereka yang terlibat dengan perniagaan pengangkutan seperti Bas Ekspress dan lori turut terjejas teruk.”

“Persoalannya ketika rakyat Sabah sedang bergelut dengan masalah besar sebegini di mana Shafie Apdal”.

“Kami dengar Shafie telah meninggalkan Sabah kenapa tinggalkan rakyat Sabah dalam keadaan yang genting sebegini.”

“Adakah Shafie Apdal ada menyediakan dana untuk menanggung kerugian yang dialami peniaga yang terdiri daripada rakyat Sabah.”

Justeru, pihak PEMBELA sedang berbincang dengan pihak Peguam untuk menyaman Datuk Seri Shafie Apdal juga termasuk pihak yang terlibat sehingga menyebabkan pembubaran DUN ini berlaku.

VIDEO Mohamad Din Ketapi MEMFITNAH kononnya jumlah peningkatan COVID-19 di Sabah adalah konspirasi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya menurutnya akan menurun selepas pembuangan undi, malangnya kes ketika ini semakin meningkat.

“Walaupun negeri Sabah telah selesai melakukan proses pilihan raya tetapi natijahnya seluruh rakyat Sabah termasuk satu Malaysia telah berhadapan dengan kesusahan…

“Tindakan SAMAN ini amat penting bagi memberikan pengajaran kepada Shafie Apdal termasuk pihak yang terlibat agar tidak berterusan membuli rakyat Sabah,” PEMBELA berkata lagi.