Jannie Lasimbang Menggantikan Raimie Unggi Sebagai Pengerusi KPD Baharu

Jannie Lasimbang Menggantikan Raimie Unggi Sebagai Pengerusi KPD Baharu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri ( Kapayan Jannie Lasimbang dilantik sebagai pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) berkuat kuasa 19 Januari menggantikan Datuk Raimie Unggi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan watikah pelantikan itu dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, semalam.

Menyaksikan majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian,

Perikanan dan Industri Makanan, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong.